Mengenai Kami

Koperasi Agropreneur Nasional Berhad

Ditubuhkan pada 15 Mac 2023, Koperasi Agropreneur Nasional Berhad

Selaras dengan Misi Kerajaan dalam keterjaminan makanan, Koperasi Agropreneur Nasional Berhad (KANB) mengambil peluang dalam menyediakan khidmat perladangan, latihan dan nasihat kewangan kepada para petani dan usahawan.

KANB juga menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada pemilik-pemilik tanah yang berminat dalam Perladangan, Penternakan dan Perikanan.

KANB menyediakan beberapa program seperti Agropreneur Ladang dan Agropreneur Runcit sebagai platform kepada ahli dalam dunia keusahwanan.

Objektif

Membantu ahli untuk menjadi petani dan penternak yang berjaya dengan menyediakan platfom dari segi penyediaan tanah, khidmat nasihat dan juga dari segi kewangan

Misi

Mempunyai ahli yang memjadi usahawan dalam bidang perladangan dan peruncitan melalui program Agropreneur Ladang dan Agropreneur Runcit kami

Dr. Rizal Ariffin

Chairman

Kelayakan Menjadi Ahli

1. Usahawan
2. Petani
3. Penyelidik dan Pensyarah dalam Perhutanan, Perikanan, Penternakan dan Pertanian

KATA PENGHARGAAN SEMPERNA PENUBUHAN KOPERASI AGROPRENEUR NASIONAL BERHAD

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, dedikasi dan usaha penuh dalam menjayakan penubuhan Koperasi Agropreneur Nasional Berhad pada 15 Mac 2023 yang lalu.

Koperasi Agropreneur Nasional Berhad mendukung beberapa objektif utama yang seiring dengan aspirasi Kerajaan dalam memperkasa sektor pertanian melalui kerjasama petani, usahawan, ahli perniagaan serta institusi penyelidikan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu, agenda koperasi untuk meningkatkan pemindahan pengetahuan (knowledge transfer) dan kepakaran berkaitan kepada komuniti terutama golongan belia dilihat mampu merancakkan industri pertanian disamping dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan “food safety dan food security”.

Saya berharap anggota koperasi beriltizam untuk menjalankan tugas dan amanah yang diberikan serta memberi sokongan padu bagi merealisasikan hala tuju serta sasaran Koperasi Agropreneur Nasional Berhad.

Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada barisan Anggota Koperasi Agropreneur Nasional Berhad.

PENGURUSAN

OPERASI

Pengalaman Perladangan
0 +
Komoditi Perladangan
0 +
Projek Perladangan
0 +

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Koperasi Agropreneur Nasional Berhad berdaftar di bawah SKM Malaysia

Pelbagai Komoditi Perladangan